28 Disember 2016

Mandi-manda di Kota Tinggi Waterfall Resort



Sepanjang cuti sekolah kali ini, saya tidak pernah pergi jalan-jalan pun kecuali balik ke kampung. Tiba-tiba ibu ajak saya pergi berkelah di air terjun Kota Tinggi. Sekarang dipanggil Kota Tinggi Waterfall Resort. Saya berasa tidak sabar untuk pergi ke air terjun. Kami sekeluarga bangun tidur pada awal pagi sebelum pukul lima. Selepas itu ibu dan ayah saya memasak untuk dibawa ke air terjun. Ibu dan ayah memasak ketupat plastik bersama ayam masak merah dan lodeh kering. Selepas subuh, bersiap untuk ke air terjun. Kami bertolak pada pukul 7 pagi.





Kami sampai sebelum kaunter tiket dibuka. Kami bersarapan terlebih dahulu. Apabila sudah kenyang, kami sekeluarga mandi air terjun bersama-sama. Air di sana sangat sejuk. Di situ ada banyak ikan. Ayah saya selalu digigit ikan yang kecil. Kalau anda sukakan spa ikan, bolehlah berkunjung ke sana. Tiba-tiba saya ternampak seorang budak hampir lemas. Saya meminta ayah membantu untuk menyelamatkan budak itu.



Air terjun Kota Tinggi mempunyai sebuah gelongsor air yang panjang. Saya teringin main di situ. Ayah saya memberi keizinan tetapi untuk bermain, perlu ditemani orang dewasa. Ayah menemani saya dan kami bermain bersama-sama. Apabila sampai di bawah, kolam itu sangat dalam nasib baik saya tahu berenang. Menjelang tengahari, kami semua berasa lapar sebab terlalu lama berenang. Kami makan tengahari bersama-sama, dengan menu yang sama. Selepas makan tengahari saya pun balik. Lain kali, jika berperluang saya ingin ke sana lagi kerana tempat itu indah dan menenangkan jiwa. Kalau anda ke Johor, jangan lupa mengunjungi Kota Tinggi Waterfall Resort. Sangat sesuai untuk meredakan ketegangan setelah belajar sepanjang tahun.






2 ulasan: