29 November 2016

Demo Masakan Ahza - Mi Telur Sup Kari Ayam


Ini video memasak pertama saya. Saya gembira kerana dapat menghasilkan video seperti Mi Telur Sup Kari Ayam. Mi telur resepi saya ini boleh digunakan untuk bermacam-macam masakan mi seperti mi kari, mi bandung, mi rebus, mi goreng dan sebagainya. Mi telur mudah dibuat. Kanak-kanak seperti sayapun boleh membuatnya.

26 November 2016

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur Bahagian 2

Hari kedua saya bangun pagi pada 6 pagi. Saya terus pergi ke bilik air untuk mandi dan solat subuh di dorm. Setelah saya sudah bersiap untuk menaiki bas kami terus ke lobby untuk sarapan pagi. Kemudian, kami pergi ke Balai Seni Negara untuk melihat seni.


25 November 2016

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur Bahagian 1

Kilang Coklat Beryl's

Pada hari Isnin, 21 November 2016, saya menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan dianjurkan oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Perling 2 diketuai oleh Cikgu Masayu. Lawatan ini disertai oleh 70 orang pelajar serta 5 orang guru. Kami menaiki 2 buah bas Sekolah Menengah Temenggong Ibrahim dan Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim. Saya bangun awal pagi tersebut dan sampai ke sekolah pada pukul 5 pagi. Saya solat subuh di surau dan bersarapan di sekolah saya. Kami bertolak pada pukul 6.45 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi.

19 November 2016

Membuat Pizza Untuk Jamuan Akhir Tahun 4 Cemerlang

Inilah pizza ayam yang saya buat. Besar-besar semuanya.

Membuat Pizza Bersama Ayah yang Kacak

Esok saya ada jamuan akhir tahun 4 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2. Saya telah berjanji dengan guru kelas saya, iaitu Cikgu Hasif untuk membawa pizza untuk kawan-kawan sekelas. Tahun lepas saya pernah membawa pizza untuk kawan-kawan saya dan kawan-kawan saya memang suka pizza yang saya bawa. Jadi pada malam ini, saya membantu ayah membuat 5 keping pizza. 

12 November 2016

Belajar membuat macaroon

Hari ini saya belajar buat macaroon daripada ayah saya. Macaroon saya buat warna hijau.
         Saya punya tak jadi sebab terlebih besar. Saya rasa saya punya macaroon perisa peppermint. Sebenarnya saya tidak buat saya hanya buat dia punya bulat.

Mee oat

Dulu saya makan mee oat kari ayah saya buat. Meet oat kari sedap mahu resepi pergi ke website di bawah untuk mengatahui resepi.



 westernfood.yolasite.com

Sup labu

Dulu ayah saya buat sup labu sedap kalau nak tau resepinya pergilah website ini. westernfood.yolasite.com  belilah ebook disitu.kalau ada roti bakar lagi sedap

Chicken Chop

Pada 10 November ayah saya membuat chicken chop. Sedap ayah saya masak chicken chop kalau nak tahu resepi pergilah web ayah saya iaituwesternfood.yolasite.com

Piano

Sebenarnya saya pandai main piano. Saya belajar dekat Taman Perling setiap hari saya kena main piano saya belajar piano setiap hari jumaat.
      Setiap hari saya main piano 45 minit. Saya sekarang grade 2. Dah 4 tahun saya belajar piano
      Ini adalah tajuk yang saya tahu main Fur Elise,The Stowaway,Greensleeves dan lain-lain lagi.

Hantar Macaroon

Pada hari kelmarin ayah saya membuat macaroon untuk bagi jiran. Ayah saya membuat macaroon banyak sangat.
     Macaroon ayah saya buat manis sangat sampai ibu tak bagi makan lagi sebab nanti diabetes. Ayah bagi jiran masa deepavali sebab ada majlis deepavali dekat rumah dia.
      

11 November 2016

Carving

Hello semua sorry sebab saya ada peperiksaan akhir tahun. Saya mahu menceritakan tentang carving. Saya pandai carving dan ibu saya pun pandai carving jadi saya pun pandai carving.
      Jadi saya pun buat sampai pandai ukir buah. Itu adalah seni. Tapi ayah saya makan buah saya nasib baik saya sempat ambil gambar kalau tak habis buah saya kena ambil
      Cantik tak saya punya ukiran buah saya itu buah lai. Ibu saya mengajar carving di sekolah. Itu sahaja saya mahu cerita saya  minta diri dulu.