14 Disember 2016

Aktiviti Cuti Sekolah di Kampung

Meriah, beginilah keadaan pasar waktu pagi.

Hari Jumaat pada 9 Disember 2016 adalah hari jadi sepupu saya yang ke-8 tahun. 8 Disember 2016 saya balik kampung saya di Muar. Sewaktu di kampong, saya bermain badminton dengan sepupu saya dan mak usu.




Lepas subuh, saya dah sampai sini.


Keesokkan harinya, pada waktu pagi saya dan sepupu pergi ke pasar awam. Selepas itu kami singgah di warung untuk sarapan. Apabila kami balik saya terus bermain basikal. Basikal yang dinaiki oleh saya itu tinggi tapi laju. Semasa saya menunggang basikal, tiba-tiba hujan turun. Selepas itu saya terus balik untuk berehat sambil menonton televisyen.

Meja sentiasa kosong sebab asyik kena sambar je.


Apabila sudah malam, saya memasak pasta untuk majlis Hari Jadi. Saya memasak 2 mangkuk yang besar. Kemudian, sudah tiba masanya untuk menyambut hari jadi sepupu saya. Sayalah yang makan paling banyak kerana makanan di atas meja, sungguh sedap. Malam itu saya makan pelbagai jenis makanan antaranya adalah ayam pangang, pasta, garlic bread, mushroom soup, ikan bakar, otak-otak, sotong dan udang. Paling saya gemar adalah ayam pangang, garlic bread dan pasta.

Pemanggang mudahalih ciptaan Cik Ayid


Keesokan harinya kami mahu balik ke rumah di JB. Sebelum saya balik, kami sekeluarga bersarapan dan menonton televisyen. Ibu saya menyediakan hidangan tengahari. Selepas makan tengahari kami pun balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan