01 Disember 2016

Demo Masakan Ahza - Sandwich Double Decker




Saya suka makan sandwich kerana ia berkhasiat dan sedap. Saya selalu makan sandwich sewaktu sarapan. Dulu ibu yang buatkan. Sekarang saya dah pandai buat. Kawan-kawan pun boleh pandai buat sandwich macam saya. Jom belajar buat sandwich double decker cara Ahza dalam video dibawah.

[UTK YG MALAS MASAK] OMG, the burger everyone's been craving for all year is finally back!









Sandwich double decker ada dua lapisan inti. Inti yang pertama ialah telur. Inti yang kedua adalah sambal sardin. Kalau cuma inti telur pun dah sedap. Kalau ada sardin, lagi sedap. Kawan-kawan boleh minta ibubapa memasakkan sambal sardin yang sedap macam yang ayah saya masak ni. Kalau ada sayur seperti timun dan tomato, mesti lagi sedap dan cantik. Tapi hari ni saya tak ada sayur sebab ibu saya dah 4 hari kerja outstation. Peti ais dah kosong. Makan sandwich kosong je la...



Resepi lengkap boleh diperolehi dari link dibawah.




Jangan lupa cuba tau kawan-kawan. Kalau dah cuba, boleh komen dalam kotak komen dibawah. Sekali-sekala cubalah memasak untuk ibubapa pula.


2 ulasan:

  1. Kenapa resepi ibu awak kena sapu majerin tapi resepi awak tak sapu majerin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk kurangkan lemak, nanti gemok tak encem

      Padam