29 Disember 2016

Demo Masakan Ahza : Cara Membuat Char Kway Teow Mesra Kanak-kanak



Kway teow adalah makanan cina. Sekarang ni kway teow popular sebagai makanan Thailand. Saya memang suka makanan Thailand dan Cina. Dalam video ini, saya tunjukkan cara-cara membuat char kway teow basah yang bercirikan mesra kanak-kanak. Semasa saya memasak saya tak letak telur sebab telur dah habis saya makan. Kalau kawan- kawan nak letak telur, letak lah. Kalau ada kerang lagi sedap tapi saya tak boleh makan kerang.

28 Disember 2016

Mandi-manda di Kota Tinggi Waterfall Resort



Sepanjang cuti sekolah kali ini, saya tidak pernah pergi jalan-jalan pun kecuali balik ke kampung. Tiba-tiba ibu ajak saya pergi berkelah di air terjun Kota Tinggi. Sekarang dipanggil Kota Tinggi Waterfall Resort. Saya berasa tidak sabar untuk pergi ke air terjun. Kami sekeluarga bangun tidur pada awal pagi sebelum pukul lima. Selepas itu ibu dan ayah saya memasak untuk dibawa ke air terjun. Ibu dan ayah memasak ketupat plastik bersama ayam masak merah dan lodeh kering. Selepas subuh, bersiap untuk ke air terjun. Kami bertolak pada pukul 7 pagi.

18 Disember 2016

Video Cara Membuat Chokurr Sama Macam Ayah Ajar


Pertama kali saya makan Chokurr ialah pada 3 minggu yang lalu. Pada waktu itu, ibu belajar membuat coklat, kemudian ibu membawa pulang berbagai jenis coklat termasuklah Chokurr. Apabila saya makan Chokurr, saya terus jatuh cinta. Selepas itu, saya asyik teringatkan Chokurr siang dan malam. Selepas itu, saya paksa ayah untuk ajar bagaimana membuat Chokurr. Chokurr yang siap dijual di kedai sangat mahal. Lebih baik buat sendiri.

14 Disember 2016

Aktiviti Cuti Sekolah di Kampung

Meriah, beginilah keadaan pasar waktu pagi.

Hari Jumaat pada 9 Disember 2016 adalah hari jadi sepupu saya yang ke-8 tahun. 8 Disember 2016 saya balik kampung saya di Muar. Sewaktu di kampong, saya bermain badminton dengan sepupu saya dan mak usu.

11 Disember 2016

Bagaimana Nak Pandai Main Ceper Macam Ahza



Ini adalah video panduan bermain ceper. Ceper ialah permainan tradisional kanak-kanak Malaysia. Saya suka bermain ceper kerana permainan itu mencabar dan susah. Saya rasa permainan itu mencabar dan susah kerana asyik tak kena je. Dulu saya pandai main ceper, tetapi apabila sudah lama tidak bermain, saya rasa susah sedikit. Video ini mempunyai cara-cara bermain ceper dengan lengkap.

03 Disember 2016

Mengunjungi Perpustakaan Sultan Ismail Johor Bahru



Saya pergi ke Perpustakaan Sultan Ismail Johor Bahru untuk mehilangkan bosan kerana ibu 4 hari outstation. Jadi bolehlah saya membuat sesuatu yang berfaedah. Ibu saya sibuk sampai ibu tidak ada masa dengan saya. Ayah sahaja yang ada dengan saya. Kesian saya…

02 Disember 2016

Ronda-ronda Johor Bahru Waktu Malam




Semasa bercuti, saya pergi ke bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk menghilangkan bosan. Saya bosan kerana ibu saya kursus. Saya bersiar-siar di taman yang cantik pada waktu malam. Bersebelahannya terdapat Pejabat Pos Besar Johor Bahru.

Kalau anda pun bosan macam saya, di sini ada 10 Tips Paling Awesome Untuk Hilangkan Bosan Dekat Rumah Masa Tengah “Broke”. Klik Di sini

01 Disember 2016

Demo Masakan Ahza - Sandwich Double Decker




Saya suka makan sandwich kerana ia berkhasiat dan sedap. Saya selalu makan sandwich sewaktu sarapan. Dulu ibu yang buatkan. Sekarang saya dah pandai buat. Kawan-kawan pun boleh pandai buat sandwich macam saya. Jom belajar buat sandwich double decker cara Ahza dalam video dibawah.

[UTK YG MALAS MASAK] OMG, the burger everyone's been craving for all year is finally back!


29 November 2016

Demo Masakan Ahza - Mi Telur Sup Kari Ayam


Ini video memasak pertama saya. Saya gembira kerana dapat menghasilkan video seperti Mi Telur Sup Kari Ayam. Mi telur resepi saya ini boleh digunakan untuk bermacam-macam masakan mi seperti mi kari, mi bandung, mi rebus, mi goreng dan sebagainya. Mi telur mudah dibuat. Kanak-kanak seperti sayapun boleh membuatnya.

26 November 2016

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur Bahagian 2

Hari kedua saya bangun pagi pada 6 pagi. Saya terus pergi ke bilik air untuk mandi dan solat subuh di dorm. Setelah saya sudah bersiap untuk menaiki bas kami terus ke lobby untuk sarapan pagi. Kemudian, kami pergi ke Balai Seni Negara untuk melihat seni.


25 November 2016

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur Bahagian 1

Kilang Coklat Beryl's

Pada hari Isnin, 21 November 2016, saya menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan dianjurkan oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Perling 2 diketuai oleh Cikgu Masayu. Lawatan ini disertai oleh 70 orang pelajar serta 5 orang guru. Kami menaiki 2 buah bas Sekolah Menengah Temenggong Ibrahim dan Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim. Saya bangun awal pagi tersebut dan sampai ke sekolah pada pukul 5 pagi. Saya solat subuh di surau dan bersarapan di sekolah saya. Kami bertolak pada pukul 6.45 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi.

19 November 2016

Membuat Pizza Untuk Jamuan Akhir Tahun 4 Cemerlang

Inilah pizza ayam yang saya buat. Besar-besar semuanya.

Membuat Pizza Bersama Ayah yang Kacak

Esok saya ada jamuan akhir tahun 4 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2. Saya telah berjanji dengan guru kelas saya, iaitu Cikgu Hasif untuk membawa pizza untuk kawan-kawan sekelas. Tahun lepas saya pernah membawa pizza untuk kawan-kawan saya dan kawan-kawan saya memang suka pizza yang saya bawa. Jadi pada malam ini, saya membantu ayah membuat 5 keping pizza. 

12 November 2016

Belajar membuat macaroon

Hari ini saya belajar buat macaroon daripada ayah saya. Macaroon saya buat warna hijau.
         Saya punya tak jadi sebab terlebih besar. Saya rasa saya punya macaroon perisa peppermint. Sebenarnya saya tidak buat saya hanya buat dia punya bulat.

Mee oat

Dulu saya makan mee oat kari ayah saya buat. Meet oat kari sedap mahu resepi pergi ke website di bawah untuk mengatahui resepi.



 westernfood.yolasite.com

Sup labu

Dulu ayah saya buat sup labu sedap kalau nak tau resepinya pergilah website ini. westernfood.yolasite.com  belilah ebook disitu.kalau ada roti bakar lagi sedap

Chicken Chop

Pada 10 November ayah saya membuat chicken chop. Sedap ayah saya masak chicken chop kalau nak tahu resepi pergilah web ayah saya iaituwesternfood.yolasite.com

Piano

Sebenarnya saya pandai main piano. Saya belajar dekat Taman Perling setiap hari saya kena main piano saya belajar piano setiap hari jumaat.
      Setiap hari saya main piano 45 minit. Saya sekarang grade 2. Dah 4 tahun saya belajar piano
      Ini adalah tajuk yang saya tahu main Fur Elise,The Stowaway,Greensleeves dan lain-lain lagi.

Hantar Macaroon

Pada hari kelmarin ayah saya membuat macaroon untuk bagi jiran. Ayah saya membuat macaroon banyak sangat.
     Macaroon ayah saya buat manis sangat sampai ibu tak bagi makan lagi sebab nanti diabetes. Ayah bagi jiran masa deepavali sebab ada majlis deepavali dekat rumah dia.
      

11 November 2016

Carving

Hello semua sorry sebab saya ada peperiksaan akhir tahun. Saya mahu menceritakan tentang carving. Saya pandai carving dan ibu saya pun pandai carving jadi saya pun pandai carving.
      Jadi saya pun buat sampai pandai ukir buah. Itu adalah seni. Tapi ayah saya makan buah saya nasib baik saya sempat ambil gambar kalau tak habis buah saya kena ambil
      Cantik tak saya punya ukiran buah saya itu buah lai. Ibu saya mengajar carving di sekolah. Itu sahaja saya mahu cerita saya  minta diri dulu.

07 Oktober 2016

Putrajaya

Semalam saya dan keluarga saya pergi ke Putrajaya kerana ibu saya kursus. Semasa ibu saya kursus saya dan ayah saya pergi Alamanda.
      Saya masuk ke dalam Alamanda. saya pergi ke panggung wayang tapi cerita tu pada 12:00 tengahari.
     Saya kena tunggu sebab masa tu pukul 11:00 pagi macam itu la. Lagi sikit masa je ibu saya dah panggil suruh balik rumah kat JB sekejap je saya pergi Putrajaya. 1 hari je saya pergi Putrajaya selepasitu balik.

Pizza



Pada 5 Oktober ayah saya telah membuat pizza. Saya tidak menolong ayah saya kerana masa tu saya baru je balik dari sekolah.
      Ayah saya membubuh cili benggala,keju,sos tomato puri dan sosej. Ayah saya membuat 2 pizza kerana ayah saya mahu makan banyak.
      Ayah saya tahu membuat semua jenis roti seperti pizza dan sebagainya. Saya makan terlalu banyak masa tu. Masa panas-panas memang sedap.
      Saya makan 5 keping pizza. Dia punya sos sedap sangat. Masa sejuk tak sedap tapi kan ayah saya ada bubuh ramuan rahsia .


04 Oktober 2016

Baju panjang

Saya ni malas mandi pada waktu pagi. Tengok gambar saya ni macam pakai baju panjang kadang-kadang masa cuti sekolah, saya mandi pukul 11:00 macam itulah

Buat biskut


Pada 2 oktober saya menolong ayah saya membuat biskut coklat chip sebanyak 256 biskut. Masa tu saya penat sangat sampai nak tidur sebab kena buat kerja itulah inilah, tapi saya tak bakar biskut saya hanya tidur je



01 Oktober 2016

Bersukan

Saya suka bersukan tetapi sukan paling saya benci dan tak suka ialah berjogging.
      Saya tak suka jogging kerana saya ni semput.
Saya in ada asma,tapi saya boleh lari 100m dan lontar peluru.

Post Yang Pertama



Hello.
INI post percubaan. Ayah saya yang kacak tolong ajar. Lepas ini saya buat sendiri. Lawati blog Resepi Masakan Barat ayah saya