25 November 2016

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur Bahagian 1

Kilang Coklat Beryl's

Pada hari Isnin, 21 November 2016, saya menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan dianjurkan oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Perling 2 diketuai oleh Cikgu Masayu. Lawatan ini disertai oleh 70 orang pelajar serta 5 orang guru. Kami menaiki 2 buah bas Sekolah Menengah Temenggong Ibrahim dan Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim. Saya bangun awal pagi tersebut dan sampai ke sekolah pada pukul 5 pagi. Saya solat subuh di surau dan bersarapan di sekolah saya. Kami bertolak pada pukul 6.45 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi.


       Tempat pertama yang kami lawati ialah Kilang Coklat Beryls Kuala Lumpur. Saya masuk ke kilang coklat lalu terbau koko yang hangus. Di kilang coklat tersebut saya dapat mempelajari cara memproses coklat, mengetahui sejarah penciptaan coklat dan koko serta bahan-bahan yang digunakan untuk membuat coklat. Dari situ saya dapat tahu coklat dibuat dari biji koko, gula dan susu. Saya juga melihat cara membuat coklat cip dimana satu dulang coklat cip mengandungi 7000 – 8000 cip. Di muzium coklat dalam kilang tersebut saya dapat menggunakan alat tradisional untuk membuat coklat. Sebelum keluar, saya membeli wafer roll perisa capucino di kedai coklat untuk dimakan sewaktu didalam bas. 

Selepas itu saya pergi ke Aquaria KLCC. Kami tiba di sana pada pukul 1.20 petang. Aquaria KLCC ialah sebuah akuarium yang besar dimana ia menempat berbagai jenis hidupan laut. Di sana saya dapat melihat ikan jerung yang besar tetapi tidak begerak. Saya rasa ikan jerung itu malas berenang. Tidak jauh dari jerung itu, terdapat seekor penyu yang sangat besar. Belum pernah saya melihat penyu yang berukuran sebesar 2 meter. Selain itu, terdapat juga berbagai jenis ikan besar dan kecil seperti piranha, tuna, sardin dan sebagainya.
Mercutanda berhampiran Tugu Negara

Seterusnya, saya pergi ke Tugu Negara. Tugu negara ialah mercutanda untuk memperingati perajurit-perajurit yang telah terkorban untuk mempertahankan negara. Tugu Negara mengandungi 7 patung askar dimana 2 sedang memegang senjata, 2 telah terkorban ,1 sedang memegang bendera Jalur Gemilang dan 2 lagi sedang beraksi. Saya makan tengahari di Tugu Negara untuk memulihkan tenaga.
Tugu Negara

Tempat terakhir yang saya kunjungi hari itu adalah Masjid Negara. Di sana semua pelajar solat jamak dengan Ustaz Shahir. Masjid Negara dilengkapi sistem penghawa dingin. Selepas solat kami menaiki bas menuju ke tempat penginapan.
Tempat menarik di Tugu Negara

Malam itu kami semua menginap di Pusat Antarabangsa Cheras. Saya bersama 15 orang kawan lagi berkongsi sebuah dorm. Dorm itu sungguh cantik dan selesa kerana sangat kemas dan mempunyai penghawa dingin. Selepas mandi dan terus ke lobby untuk makan malam. Saya tidur pada pukul 9 malam kerana terlalu penat.

2 ulasan: