Hari kedua saya bangun pagi pada 6 pagi. Saya terus pergi ke
bilik air untuk mandi dan solat subuh di dorm.
Setelah saya sudah bersiap untuk menaiki bas kami terus ke lobby untuk sarapan
pagi. Kemudian, kami pergi ke Balai Seni Negara
untuk melihat seni.
Setelah tiba di Balai Seni Negara
kami diberikan taklimat. Selepas kami diberikan taklimat cikgu membawa kami ke dalam.
Saya dapat mempelajari tentang seni dan cara mewarna dengan betul. Saya dapat
melihat pelbagai jenis gambar seni.
Apabila saya tiba di
Kidzania. Inilah pertama kali saya pergi ke Kidzania. Saya berseronok di situ
selama 4 jam. Saya bekerja macam-macam jenis seperti doktor,pos,polis dan
sebagainya. Banyak lagi saya perkerjaan
yang saya tidak buat seperti bomba, pilot,arkitek dan banyak lagilah. Saya
makan tengahari di sana kerana saya lapar sangat.
Selain itu,saya bersiar-siar di Putrajaya. Saya dapat
melihat Masjid Putrajaya. Putrajaya mengandungi bangunan
yang tinggi dan besar. Saya mempelajari sejarah Masjid Putrajaya Ustaz Shahir.
Kemudian ,saya terus perjalanan ke sekolah. Cikgu saya
menyuruh kami singgah di R&R. Kami solat jamak takhir. Kami menggunakan
duit sendiri untuk membeli makanan. Setelah makan saya terus ke dalam bas untuk ke sekolah. Sebelum kami memulakan perjalanan
ke sekolah pemandu bas membuka televisyen. Akhirnya kami sudah sampai ke
sekolah pada 11 malam. Ayah jemput saya dan belanja saya makanan. Saya terus ke
rumah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan