29 November 2016

Demo Masakan Ahza - Mi Telur Sup Kari Ayam


Ini video memasak pertama saya. Saya gembira kerana dapat menghasilkan video seperti Mi Telur Sup Kari Ayam. Mi telur resepi saya ini boleh digunakan untuk bermacam-macam masakan mi seperti mi kari, mi bandung, mi rebus, mi goreng dan sebagainya. Mi telur mudah dibuat. Kanak-kanak seperti sayapun boleh membuatnya.




Saya memang penggemar mi. Saya suka segala jenis mi tak kira apa jenis masakannya asalkan mi mesti saya suka. Ayah selalu memasak mi untuk saya. Seminggu lebih 3 kali saya makan mi. Kali ini ayah menyuruh saya membuat sendiri mi yang paling saya suka. Untuk resepi supnya, anda boleh rujuk Resepi Mi Segera Sup Kari Ayam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan