Saya pergi ke Perpustakaan Sultan Ismail Johor Bahru untuk mehilangkan bosan kerana ibu 4 hari outstation. Jadi bolehlah saya membuat sesuatu yang berfaedah. Ibu saya sibuk sampai ibu tidak ada masa dengan saya. Ayah sahaja yang ada dengan saya. Kesian saya…
Perpustakaan ada pelbagai jenis buku seperti komik, majalah, novel dan yang paling penting, buku rujukan. Perpustakaan juga ada komputer dengan internet yang boleh disewa. Waktu perkhidmatan ialah Ahad hingga Rabu dari pukul 10 pagi hingga 9 malam. Pada hari Khamis hingga Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Tutup pada jumaat pertama, ketiga, kelima dan hari kelepasan am. Perpustakaan Sultan Ismail juga ada perkhidmatan Cyber Hangout seperti penggunaan komputer, penggunaan internet, cetakan dan wifi.
Di Perpustakaan Sultan Ismail, saya membaca banyak buku komik dan buku cerita. Dalam masa 2 jam saya dapat menghabiskan 9 buah buku. Selepas itu saya keluar sekejap untuk berehat dan minum. Saya suka minum air tin yang dibeli menggunakan mesin jualan automatik. Harganya hanya RM1 sahaja untuk air tin dan RM2 untuk air botol. Tak de tempat yang jual air semurah itu.
Sewaktu mahu masuk semula ke perpustakaan, seekor anak kucing mengekori saya. Kemudian, saya berlari ke sana-sini tetapi anak kucing itu terus mengekori saya. Anak kucing itu sangat comel. Saya ingin membawa anak kucing itu pulang ke rumah tetapi ayah tidak mengizinkan kerana saya alergik pada bulu kucing. Akhirnya anak kucing itu mengekori 2 orang makcik yang lalu disitu. Senyap-senyap saya masuk ke perpustakaan.
Apabila petang, saya pulang ke rumah tanpa meminjam sebarang buku kerana saya belum menjadi ahli lagi. Lagipun saya tak perlu pinjam buku sebab perpustakaan ini dekat dengan rumah saya. Kawan-kawan boleh menjadi ahli dengan bayaran sebanyak RM5 setahun untuk kanak-kanak. Setelah menjadi ahli, kita boleh meminjam sehingga 7 buah buku dalam satu-satu masa. Saya akan datang ke perpustakaan ini lagi apabila ada peluang kerana saya suka membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan