26 November 2016

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur Bahagian 2

Hari kedua saya bangun pagi pada 6 pagi. Saya terus pergi ke bilik air untuk mandi dan solat subuh di dorm. Setelah saya sudah bersiap untuk menaiki bas kami terus ke lobby untuk sarapan pagi. Kemudian, kami pergi ke Balai Seni Negara untuk melihat seni.






Setelah tiba di Balai Seni Negara kami diberikan taklimat. Selepas kami diberikan taklimat cikgu membawa kami ke dalam. Saya dapat mempelajari tentang seni dan cara mewarna dengan betul. Saya dapat melihat pelbagai jenis gambar seni.

 Apabila saya tiba di Kidzania. Inilah pertama kali saya pergi ke Kidzania. Saya berseronok di situ selama 4 jam. Saya bekerja macam-macam jenis seperti doktor,pos,polis dan sebagainya. Banyak lagi saya perkerjaan yang saya tidak buat seperti bomba, pilot,arkitek dan banyak lagilah. Saya makan tengahari di sana kerana saya lapar sangat.


Selain itu,saya bersiar-siar di Putrajaya. Saya dapat melihat Masjid Putrajaya. Putrajaya mengandungi bangunan yang tinggi dan besar. Saya mempelajari sejarah Masjid Putrajaya Ustaz Shahir.
Kemudian ,saya terus perjalanan ke sekolah. Cikgu saya menyuruh kami singgah di R&R. Kami solat jamak takhir. Kami menggunakan duit sendiri untuk membeli makanan. Setelah makan saya terus ke dalam bas untuk ke sekolah. Sebelum kami memulakan perjalanan ke sekolah pemandu bas membuka televisyen. Akhirnya kami sudah sampai ke sekolah pada 11 malam. Ayah jemput saya dan belanja saya makanan. Saya terus ke rumah





Tiada ulasan:

Catat Ulasan