19 November 2016

Membuat Pizza Untuk Jamuan Akhir Tahun 4 Cemerlang

Inilah pizza ayam yang saya buat. Besar-besar semuanya.

Membuat Pizza Bersama Ayah yang Kacak

Esok saya ada jamuan akhir tahun 4 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2. Saya telah berjanji dengan guru kelas saya, iaitu Cikgu Hasif untuk membawa pizza untuk kawan-kawan sekelas. Tahun lepas saya pernah membawa pizza untuk kawan-kawan saya dan kawan-kawan saya memang suka pizza yang saya bawa. Jadi pada malam ini, saya membantu ayah membuat 5 keping pizza. 




Ayah memang pandai buat pizza kerana ayah ada resepi rahsia yang menyebabkan pizza ayah sangat sedap. Mula-mula ayah menguli doh pizza menggunakan mixer elektrik. Kemudian ayah membuat sos pizza yang istimewa dari tomato. Saya membantu ayah mengupas bawang besar, bawang putih dan mengisar bahan sos menggunakan food processor jenama Panasonic. Saya juga mengisar isi ayam menggunakan mesin yang sama. 



Setelah semuanya sedia, ayah mencanai doh pizza besar-besar dan saya menyapu sos pizza rata-rata. Saya juga menaburkan ayam cincang, cili benggala, sosej ayam dan keju. Ayah pula paipkan sos keju sebab saya tak pandai. 


Untuk makan malam ini, kami sekeluarga makan sekeping pizza bersama-sama. Ada lagi 4 keping pizza untuk saya bawa ke sekolah esok. Saya tak sabar nak lihat reaksi kawan-kawan saya sewaktu makan pizza yang saya dan ayah buat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan