18 Disember 2016

Video Cara Membuat Chokurr Sama Macam Ayah Ajar


Pertama kali saya makan Chokurr ialah pada 3 minggu yang lalu. Pada waktu itu, ibu belajar membuat coklat, kemudian ibu membawa pulang berbagai jenis coklat termasuklah Chokurr. Apabila saya makan Chokurr, saya terus jatuh cinta. Selepas itu, saya asyik teringatkan Chokurr siang dan malam. Selepas itu, saya paksa ayah untuk ajar bagaimana membuat Chokurr. Chokurr yang siap dijual di kedai sangat mahal. Lebih baik buat sendiri.




Ayah berjanji untuk mengajar saya membuat Chokurr. Kami keluar ke pasar untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan seperti badam dan kurma. Coklat memang dah ada di rumah saya. Ayah saya juga mempunyai alat untuk mencairkan coklat yang dipanggil chocolatier. Ayah saya beli murah sahaja di Lazada sebab pada waktu itu ada promosi.


Dalam video diatas, ada saya tunjukkan cara-cara membuat Chokurr yang ayah ajarkan. Senang je nak buat Chokurr rupa-rupanya. Kalau saya tau dari dulu lagi saya dah buat Chokurr sendiri. Dapatlah saya makan Chokurr setiap hari. Chokurr dah menjadi makanan kegemaran saya. Kalau ibu tak bawa Chokurr, saya akan buat sendiri. Kalau ibu cakap tak boleh buat, saya tengok gambar je la.

4 ulasan: