Memaparkan catatan dengan label Chokurr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chokurr. Papar semua catatan

23 Mei 2017

Hadiah Hari Guru Cara Ahza



Ini adalah gambar hadiah untuk guru sempena hari guru di sekolah agama saya. Saya juga memberi hadiah yang sama kepada guru sekolah kebangsaan. Pada tahun ini saya menghadiahkan chokurr kepada guru-guru yang telah berjasa kepada saya. Chokurr adalah kurma yang berinti badam dan bersalut coklat. Saya pernah menunjukkan cara-cara membuat chokur suatu ketika dahulu melalui video masakan saya. Anda boleh menontonya melalui link Membuat Chokurrr Cara Ahza

18 Disember 2016

Video Cara Membuat Chokurr Sama Macam Ayah Ajar


Pertama kali saya makan Chokurr ialah pada 3 minggu yang lalu. Pada waktu itu, ibu belajar membuat coklat, kemudian ibu membawa pulang berbagai jenis coklat termasuklah Chokurr. Apabila saya makan Chokurr, saya terus jatuh cinta. Selepas itu, saya asyik teringatkan Chokurr siang dan malam. Selepas itu, saya paksa ayah untuk ajar bagaimana membuat Chokurr. Chokurr yang siap dijual di kedai sangat mahal. Lebih baik buat sendiri.