Ini adalah gambar hadiah untuk guru sempena hari guru di sekolah agama saya. Saya juga memberi hadiah yang sama kepada guru sekolah kebangsaan. Pada tahun ini saya menghadiahkan chokurr kepada guru-guru yang telah berjasa kepada saya. Chokurr adalah kurma yang berinti badam dan bersalut coklat. Saya pernah menunjukkan cara-cara membuat chokur suatu ketika dahulu melalui video masakan saya. Anda boleh menontonya melalui link Membuat Chokurrr Cara Ahza
23 Mei 2017
09 Februari 2017
Jalan-jalan Batu Pahat Cara Ahza
Tasik Y Batu Pahat yang cantik. |
Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya dan keluarga pergi ke Batu Pahat. Tujuan utama kami ke Batu Pahat adalah untuk membeli kain putih di Jakel. Sebelum ini, ibu membeli kain di Jakel Johor Bahru tetapi sudah kehabisan stok. Akhirnya ibu membuat keputusan untuk ke Jakel Batu Pahat. Kami bernasib baik kerana kain yang kami cari masih ada malah lebih murah dari Jakel Johor Bahru.
Banyak lagi gambo kalau anda....
01 Februari 2017
Demo Masak Ahza : Mi Claypot
Dibawah ini adalah video saya yang ke enam. Mi Claypot adalah masakan cina. Mi Claypot mempunyai banyak sayur-sayuran. Kalau tak nak makan sayur pun takpe. Selain itu, kita boleh letak daging, kambing, ikan dan sebagainya sebagai sumber protin. Saya cuma letak telur je.
29 Disember 2016
Demo Masakan Ahza : Cara Membuat Char Kway Teow Mesra Kanak-kanak
Kway teow adalah makanan cina. Sekarang ni kway teow popular sebagai makanan Thailand. Saya memang suka makanan Thailand dan Cina. Dalam video ini, saya tunjukkan cara-cara membuat char kway teow basah yang bercirikan mesra kanak-kanak. Semasa saya memasak saya tak letak telur sebab telur dah habis saya makan. Kalau kawan- kawan nak letak telur, letak lah. Kalau ada kerang lagi sedap tapi saya tak boleh makan kerang.
28 Disember 2016
Mandi-manda di Kota Tinggi Waterfall Resort
Sepanjang cuti sekolah kali ini, saya tidak pernah pergi jalan-jalan pun kecuali balik ke kampung. Tiba-tiba ibu ajak saya pergi berkelah di air terjun Kota Tinggi. Sekarang dipanggil Kota Tinggi Waterfall Resort. Saya berasa tidak sabar untuk pergi ke air terjun. Kami sekeluarga bangun tidur pada awal pagi sebelum pukul lima. Selepas itu ibu dan ayah saya memasak untuk dibawa ke air terjun. Ibu dan ayah memasak ketupat plastik bersama ayam masak merah dan lodeh kering. Selepas subuh, bersiap untuk ke air terjun. Kami bertolak pada pukul 7 pagi.
Langgan:
Catatan (Atom)