09 Februari 2017

Jalan-jalan Batu Pahat Cara Ahza


Tasik Y Batu Pahat yang cantik.

Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya dan keluarga pergi ke Batu Pahat. Tujuan utama kami ke Batu Pahat adalah untuk membeli kain putih di Jakel. Sebelum ini, ibu membeli kain di Jakel Johor Bahru tetapi sudah kehabisan stok. Akhirnya ibu membuat keputusan untuk ke Jakel Batu Pahat. Kami bernasib baik kerana kain yang kami cari masih ada malah lebih murah dari Jakel Johor Bahru.

Banyak lagi gambo kalau anda....


Mesti amik gambo banyak-banyak dulu untuk kenangan.

Selepas mendapatkan apa yang kami cari, ayah melayari internet untuk mencari tempat-tempat yang menarik di Batu Pahat. Melalui maklumat yang diperolehi dari internet, ayah mendapat tahu terdapat tempat rekreasi yang cantik berhampiran pusat bandar. Kami semua bersetuju untuk ke Taman Rekreasi Tasik Y. Dengan berpandukan GPS, ayah membawa kami semua ke tempat tersebut.

Percubaan menewaskan dinasour tapi gagal.

Saya mendapati Tasik Y memang cantik seperti yang di ceritakan. Ada berbagai prasarana untuk aktiviti pengunjung di sana. Ada banyak taman permainan kanak-kanak, peralatan senaman dan gimnasium, refleksologi serta tempat berehat yang mendamaikan. Saya berselfie sepuas hati bersama dinasour T-rex dan Triceratops. Saya suka bermain gelungsur yang tinggi di sana. Ayah dan ibu menggunakan peralatan senaman yang disediakan untuk melegakan badan setelah memandu jauh.

Menguji kekuatan dengan mengangkat T-Tex

Selepas puas berjalan-berjalan mengelilingi Tasik Y, saya singgah di warung berdekatan untuk makan tengahari. Saya memesan mi rebus. Rasa mi rebusnya sangat sedap. Ibu dan ayah makan mi bandung dan soto nasi. Saya mendapati semuanya sedap dan lazat.

Gerai pau kat sebelah kanan. Meja panjang penuh pau berbagai inti yang murah.

Dalam perjalanan pulang, ayah ternampak sebuah gerai yang menjual berbagai jenis pau dengan harga RM1. Tertarik dengan harganya yang murah, ayah singgah untuk membeli. Ayah memilih pau kelapa manakala saya memilih pau ayam. Rupa-rupanya pau ayam berharga RM10 untuk 6 biji. Pau kelapa barulah RM1 sebiji. Kami membeli untuk dibekukan dan disimpan untuk sarapan akan datang.

Restoran ni dari jauh dah nampak. Tu yang terberhenti tu.

Rasa nasi beriani yang menyentuh perasaan.
Kami meneruskan perjalanan pulang tetapi tersinggah pula ke Restoran Nasi Beriani Pinggan Besar kerana kata orang nasi beriani Batu Pahat sangat istimewa. Oleh kerana masih kenyang, kami hanya memesan 2 pinggan nasi beriani sahaja. Cuma ada nasi beriani kambing sahaja pada waktu itu jadi kami tiada pilihan. Saya tak pernah makan nasi beriani sesedap itu. Nasi beriani di Batu Pahat memang istimewa. Lain kali, kalau saya ke Batu Pahat lagi, saya ingin pergi ke tempat-tempat menarik yang lain dan mencuba menu lain yang lebih istimewa.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan