Kway teow adalah makanan cina. Sekarang ni kway teow popular sebagai makanan Thailand. Saya memang suka makanan Thailand dan Cina. Dalam video ini, saya tunjukkan cara-cara membuat char kway teow basah yang bercirikan mesra kanak-kanak. Semasa saya memasak saya tak letak telur sebab telur dah habis saya makan. Kalau kawan- kawan nak letak telur, letak lah. Kalau ada kerang lagi sedap tapi saya tak boleh makan kerang.
29 Disember 2016
28 Disember 2016
Mandi-manda di Kota Tinggi Waterfall Resort
Sepanjang cuti sekolah kali ini, saya tidak pernah pergi jalan-jalan pun kecuali balik ke kampung. Tiba-tiba ibu ajak saya pergi berkelah di air terjun Kota Tinggi. Sekarang dipanggil Kota Tinggi Waterfall Resort. Saya berasa tidak sabar untuk pergi ke air terjun. Kami sekeluarga bangun tidur pada awal pagi sebelum pukul lima. Selepas itu ibu dan ayah saya memasak untuk dibawa ke air terjun. Ibu dan ayah memasak ketupat plastik bersama ayam masak merah dan lodeh kering. Selepas subuh, bersiap untuk ke air terjun. Kami bertolak pada pukul 7 pagi.
18 Disember 2016
Video Cara Membuat Chokurr Sama Macam Ayah Ajar
Pertama kali saya makan Chokurr ialah pada 3 minggu yang lalu. Pada waktu itu, ibu belajar membuat coklat, kemudian ibu membawa pulang berbagai jenis coklat termasuklah Chokurr. Apabila saya makan Chokurr, saya terus jatuh cinta. Selepas itu, saya asyik teringatkan Chokurr siang dan malam. Selepas itu, saya paksa ayah untuk ajar bagaimana membuat Chokurr. Chokurr yang siap dijual di kedai sangat mahal. Lebih baik buat sendiri.
14 Disember 2016
Aktiviti Cuti Sekolah di Kampung
Hari Jumaat pada 9 Disember 2016 adalah hari jadi sepupu saya yang ke-8 tahun. 8 Disember 2016 saya balik kampung saya di Muar. Sewaktu di kampong, saya bermain badminton dengan sepupu saya dan mak usu.
11 Disember 2016
Bagaimana Nak Pandai Main Ceper Macam Ahza
Ini adalah video panduan bermain ceper. Ceper ialah permainan tradisional kanak-kanak Malaysia. Saya suka bermain ceper kerana permainan itu mencabar dan susah. Saya rasa permainan itu mencabar dan susah kerana asyik tak kena je. Dulu saya pandai main ceper, tetapi apabila sudah lama tidak bermain, saya rasa susah sedikit. Video ini mempunyai cara-cara bermain ceper dengan lengkap.
Langgan:
Catatan (Atom)


