29 November 2016

Demo Masakan Ahza - Mi Telur Sup Kari Ayam


Ini video memasak pertama saya. Saya gembira kerana dapat menghasilkan video seperti Mi Telur Sup Kari Ayam. Mi telur resepi saya ini boleh digunakan untuk bermacam-macam masakan mi seperti mi kari, mi bandung, mi rebus, mi goreng dan sebagainya. Mi telur mudah dibuat. Kanak-kanak seperti sayapun boleh membuatnya.

26 November 2016

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur Bahagian 2

Hari kedua saya bangun pagi pada 6 pagi. Saya terus pergi ke bilik air untuk mandi dan solat subuh di dorm. Setelah saya sudah bersiap untuk menaiki bas kami terus ke lobby untuk sarapan pagi. Kemudian, kami pergi ke Balai Seni Negara untuk melihat seni.


25 November 2016

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur Bahagian 1

Kilang Coklat Beryl's

Pada hari Isnin, 21 November 2016, saya menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan dianjurkan oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Perling 2 diketuai oleh Cikgu Masayu. Lawatan ini disertai oleh 70 orang pelajar serta 5 orang guru. Kami menaiki 2 buah bas Sekolah Menengah Temenggong Ibrahim dan Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim. Saya bangun awal pagi tersebut dan sampai ke sekolah pada pukul 5 pagi. Saya solat subuh di surau dan bersarapan di sekolah saya. Kami bertolak pada pukul 6.45 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi.

19 November 2016

Membuat Pizza Untuk Jamuan Akhir Tahun 4 Cemerlang

Inilah pizza ayam yang saya buat. Besar-besar semuanya.

Membuat Pizza Bersama Ayah yang Kacak

Esok saya ada jamuan akhir tahun 4 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2. Saya telah berjanji dengan guru kelas saya, iaitu Cikgu Hasif untuk membawa pizza untuk kawan-kawan sekelas. Tahun lepas saya pernah membawa pizza untuk kawan-kawan saya dan kawan-kawan saya memang suka pizza yang saya bawa. Jadi pada malam ini, saya membantu ayah membuat 5 keping pizza. 

12 November 2016

Belajar membuat macaroon

Hari ini saya belajar buat macaroon daripada ayah saya. Macaroon saya buat warna hijau.
         Saya punya tak jadi sebab terlebih besar. Saya rasa saya punya macaroon perisa peppermint. Sebenarnya saya tidak buat saya hanya buat dia punya bulat.